Sasha Saidin Sahkan Berniat Tuntut Cerai

by Malaysia Kini on 29 June, 2012

in Info Artis

Share:

Sasha Saidin Sahkan Berniat Tuntut Cerai : Baru-baru ini media melaporkan yang Sasha Saidin enggan mendedahkan tujuan sebenar beliau hadir ke mahkamah. Tapi, Sasha sendiri sudah sahkannya.

Menurut wartawan Kosmo!, Sasha Saidin berkata beliau memang mempunyai niat untuk memohon penceraian tetapi mengambil keputusan berdiam diri tentang punca beliau menuntut cerai.

“Sebenarnya tujuan saya hadir ke mahkamah tersebut kerana mahu membuat permohonan cerai. Saya mengaku yang ketika ini saya memang mahu bercerai dengan suami saya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono,” jelas Sasha Saidin.

Pengakuan ini sebenarnya satu perkara yang mengejutkan kerana hubungan Sasha Saidin & suaminya tidak pernah dilanda gossip atau kontroversi besar sebelum ini. Mereka  juga dilihat senlalu menjalinkan hubungan dengan mesara dan bahagia.

Menurut Sasha Saidin, beliau lebih suka berdiam diri tentang apa yang berlaku antara mereka berdua dan akan membuka cerita tentang masalah rumahtangga jika tiba masanya kelak.

Sasha Saidin & Salyo Priyanto Nutosoemarsono bernikah pada 11 November 2007 yang lalu. Forblogger berharap agar pasangan ini mengambil langkah diplomasi. Semoga mereka dapat menyelesaikan masalah yang timbul secara baik.

5.0

Previous post:

Next post: