Segamat Jadi Pekan Penjenayah?

by Harian Malaya on 24 June, 2012

in Info Riadah

Share:

Segamat Jadi Pekan Penjenayah ? Segamat kini di laporkan menjadi pekan penjenayah apabila beberapa kejadian tembak menembak berlaku di sana.

Segamat Jadi Pekan Penjenayah

Kejadian tembak-menembak ini adalah kali yang ke tiga di laporkan berlaku di daerah Segamat.

Dalam kejadian pertama yang membabitkan seorang warga emas yang mati ditembak di sebuah stesen minyak di Jalan Genuang, Segamat.

Lim Ching Hoon, 63, maut akibat ditembak sebanyak enam das dari jarak dekat yang mengenai kepala,dada dan kaki beliau oleh 2 lelaki bermotosikal ketika mengisi petrol di stesen minyak yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Kejadian berlaku kira-kira jam 7.45 pagi, 12 Jun lalu.

Kejadian kedua berlaku semalam apabila seorang penarik kereta tunda yang sedang memberhentikan traknya di lampu isyarat di Segamat Baru, dilaporkan di tembak dari sebuah kereta BMW. 4 das tembakan dilepaskan, 2 darinya terkena tangan  A. Nadarajan, 49.

Nadarajan terpaksa memandu ke balai polis berhampiran yang jaraknya kira-kira 3 kilometer untuk mendapatkan bantuan. Keadaan Nadarajan di laporkan stabil.

Kejadian ke tiga pula, sebuah rumah di sebuah rumah dua tingkat di Bukit Siput di tembak sebanyak 5 das tembakan di tingkap. Polis percaya ianya dilakukan oleh penjenayah yang sama.

Pihak Polis yang sedang menjalankan siasatan tidak menolak kemungkinan dua kejadian tembakan itu ada kaitan dengan pergaduhan yang berlaku di daerah ini baru-baru ini. Bagaimanpun kes ini kemungkinan tiada kaitan dengan tembakan ke atas Lim Ching Hoon, warga emas yang di tembak di stesen minyak.

Polis juga dilaporkan sudah mengenal pasti dua suspek yang melepaskan empat das tembakan terhadap pemandu trak tunda, A Nadarajan dan lima das tembakan di sebuah rumah di Bukit Siput semalam.

Segamat Jadi Pekan Penjenayah?

5.0

Previous post:

Next post: