Sejuta Impian Musim Kedua Tawar RM1 Juta

by Malaysia Kini on 16 June, 2012

in Info Artis

Share:

Sejuta Impian Musim Kedua Tawar RM1 Juta : Program hasil garapan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Sejuta Impian bakal kembali dengan musim kedua bersama RM1 juta.

Stesen TV3 dalam satu kenyataan media menyatakan, program tersebut bakal mendapat dana daripada Dana 1Malaysia bagi merialisasikan impian rakyat Malaysia.

“Idea untuk membangunkan masyarakat sekeliling, memberi manfaat kepada komuniti anda, melindungi alam sekitar mahupun impian untuk mengubah kehidupan anda, semuanya mungkin bakal tercapai menerusi program realiti Sejuta Impian musim terbaru,”jelas pihak Tv3.

Mereka yang mempunyai hasrat dan impian yang terpendam, boleh mendaftar secara online dengan melayari laman web TV3 dari 18 Mei hingga 24 Jun atau hadir ke sesi ujibakat yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Jun di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Bagi penyertaan secara online, mereka yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak produksi pada 25 Jun. Untuk mengetahui secara lanjut mengenai Sejuta Impian, anda boleh menghantarkan emel anda ke [email protected] untuk sebarang pertanyaan.

Ujibakat ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun. Bagi mereka yang masih di bawah umur 18 tahun harus ditemani ibu bapa /penjaga ketika menghadiri sesi ujibakat. – Forblogger | Hiburan

5.0

Previous post:

Next post: