Senarai Tuntutan Rakyat Malaysia Untuk Bajet 2013

by Harian Malaya on 23 June, 2012

in Info Riadah

Share:

Senarai Tuntutan Rakyat Malaysia Untuk Bajet 2013 : Rakyat Malaysia menerusi pelbagai badan dan pihak telah menghantar 84 memorandum Senarai Permintaan Rakyat Untuk Bajet 2013 kepada kerajaan.

Senarai Tuntutan Rakyat Malaysia Untuk Bajet 2013

Antara senarai tuntutan bajet 2013 itu termasuklah, kadar cukai yang lebih rendah, kediaman yang selesa, barangan makanan dengan harga murah dan kemudahan pengangkutan yang lebih baik dan efisyen.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai, antara permintaan paling popular adalah untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan individu dan cukai korporat.

Fomca (Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia) pula mengetengahkan 5 isu utama dalam memorandumnya.

1. Harga barangan makanan – Mahu kerajaan meningkatkan pelaburan dalam sektor pertanian.

2. Sistem pengangkutan awam - Kerajaan perlu bertindak sebagai penyelia berbanding melibatkan diri secara langsung

3. Penjagaan kesihatan – Kekalkan seperti biasa kerana ia berfungsi dengan baik.

4. Persaingan perniagaan -  kerajaan menguatkuasakan Akta Persaingan 2012 untuk meliberalisasikan pasaran supaya harga akan menurun dan pengguna akan memperoleh manfaat daripadanya. Akta tersebut menyekat perjanjian anti-persaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan di pasaran.

5. Jenayah di kawasan bandar-  Perlukan lebih perhatian dengan kes-kes jenayah yang semakin menular di luar bandar.

Bagi Datuk Omar Osman iaitu Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), berkata, mereka akan menghantar senarai tuntutan beberapa senaraituntutan pada awal bulan depan. Bagaimana pun antara senarai yang bakal di tuntut oleh Ceupacs ialah;

1. Harga rumah yang lebih rendah dan lebih banyak insentif diberikan kepada kakitangan awam.

2. Menurunkan cukai korporat  kerana Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berkata, mereka lebih menumpukan kepada struktur kadar cukai di negara ini. Dengan kadar 25%, ia sebenarnya masih berada di tahap tertinggi jika dibandingan dengan negara lain.

3. Cukai Individu – Pengecualian cukai tidak perlu dihadkan kepada RM6,000 tetapi berdasarkan jumlah sebenarnya kerana ia akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia meningkatkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

4. Ganjaran kepada syarikat yang  mengambil atau mengekalkan pekerja melebihi had umur persaraan juga perlu diberi ganjaran dengan faedah cukai. Perkara ini juga sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Bajet 2013 di jangka akan di bentangkan oleh Dato Seri Najib pada bulan September 2012 ini.

Senarai Tuntutan Rakyat Malaysia Untuk Bajet 2013

5.0

Previous post:

Next post: