Sepanyol Mara ke Separuh Akhir

by Malaysia Kini on 24 June, 2012

in Info Sukan

Share:

Sepanyol Mara ke Separuh Akhir : Juara Sepanyol menepati ramalan akan melangkah ke separuh akhir apabila menewaskan Perancis 2-0 dalam aksi saingan sengit di Stadium Donestk.

Kemenangan ini sangat bermakna bagi Sepanyol apabila semakin menghampiri untuk mencipta hatrik selepas muncul juara Euro 2008 dan Piala Dunia 2010.

Dalam aksi separuh akhir pada 28 Jun ini, Sepanyol akan bertemu Portugal yang telah menundukkan Republik Czech Jumaat lalu.

Sepanyol dan Perancis berentap, seperti setaraf, walaupun permainan banyak dikuasai penyandang juara antara 65-55%, untuk mengisi slot ke separuh akhir Euro 2012. Perancis meningkatkan penguasaan bola di separuh masa kedua sehingga 45 peratus.

Sepanyol menjaringkan gol pertama menerusi Xabi Alonso sehingga membolehkan Sepanyol mendahului Perancis sebelum menambah gol pada minit terakhir permainan menerusi sepakan penalti.

Asakan demi asakan akhirnya menewaskan pertahanan Perancis. Tandukan menerusi Alonso pada minit ke-19 berjaya membolosi gawang lawan untuk mendahului 1-0.

Pada babak awal perlawanan, kedua-dua Sepanyol dan Perancis menampilkan permainan yang berhati-hati dan seimbang. Bagaimanapun, Sepanyol mula menemui rentak di tengah babak perlawanan apabila mula bermain agresif dengan menampilkan serangan-serangan berbahaya ke gawang Perancis.
Persembahan daripada pemain Sepanyol dan Perancis benar-benar menghiburkan penonton. Ternyata kedua-dua pihak bermain bersungguh-sungguh dan tidak mengecewakan. – Forblogger | Sukan
5.0

Previous post:

Next post: