Shebby DiLantik Jadi Pengarah Bolasepak Blackburn : Serbegeth Singh ataupun dikenali sebagai Shebby telah dilantik menjadi pengarah bola sepak Blackburn Rovers.
Shebby, seorang bekas pemain pertahanan negara 1978 sehingga 1996, telah dilantik menjadi pengarah kelab bola sepak Blackburn Rovers menurut laporan Daily Mail.
Dilaporkan, pemilik Blackburn yang berasal dari India, Venky telah mengesahkan Serbegeth Singh sebagai orang diberi tanggungjawab itu.
Shebby, difahamkan bakal ditugaskan sebagai orang tengah untuk Venky dan Steve Kean, walaupun masa depan pengurus itu masih tidak menentu selepas tersingkir dari Liga Perdana Inggeris.
Shebby juga dikenali sebagai seorang yang tidak pernah surut idea dalam memberikan komen dan membuatkan beliau cemerlang ketika bertindak sebagai pengulas bola sepak televisyen di Asia.
Shebby yang juga merupakan kapten bagi pasukan Kuala Lumpur dan pernah membantu pasukan tersebut menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari tahun 1987 hingga 1989.
Seandainya berita ini benar, Forblogger mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau. Semoga terus berjaya dalam bidang yang beliau paling minati ini dan tentunya pemilihan beliau juga dilihat sebagai penghormatan kepada negara.
Shebby DiLantik Jadi Pengarah Bolasepak Blackburn

