Sinopsis Drama Waris 14 Jun 2012

by Harian Malaya on 12 June, 2012

in Info Artis

Share:

Sinopsis Drama Waris 14 Jun 2012 : Sinopsis drama Waris merupakan slot drama TV3 13 episod yang akan bermula pada 14 Jun 2012 nanti.

Diarah oleh Kabir Bathia, pelakon untuk drama Waris ini adalah pelakon yang sama dari drama Kekasihku Seru. Antara pelakon lama yang dikekalkan ialah Emelda Rosmila (Marisa), Hairi Othman (Waris), Umie Aida (Mas Suri), Kuza (Mas Ayu) dan Fizz Fairuz (Rashad).

Sinopsis Drama Waris

Manakala pelakon lain yang turut membintangi drama ini ialah Fadzrin Danial (Amar), Mozalfa Faisa (Fariz), Syamiem Alnisa (Sarah) dan Liza Shadan (Aida) . Jangan lupa temujanji anda, setiap Khamis jam 10 malam.

Sinopsis Waris
Satu hari selepas 10 tahun kemudian, Rashad & Marisa telah membawa anak mereka, Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka telah terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh dengan kejam dan telah meninggalkan seorang anak perempuan kecil bernama Sarah.

Pada hari yang sama, Amar yang sedang bermain di tepi pantai telah hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan dan doktor mengesahkan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu Amar telah berubah sikap dan menjadi murung serta mudah marah.

Apakah yang telah berlaku pada Amar? Adakah Waris telah bangkit semula? Siapakah Sarah yang sebenarnya? Dan berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya dari ancaman hitam Waris?

 

Sinopsis Drama Waris 14 Jun 2012 – Forblogger @ Hiburan

5.0

Previous post:

Next post: