Suhakam Siasat Nota Dari Penjara Kamunting : Berikutan timbulnya dakwaan nota dari Kamunting, Suhakam sedang mengaji kesahihan nota berkenaan.
Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), dilaporkan sedang mengkaji kesahihan nota dakwaan penyeksaan yang dilakukan terhadap tahanan yang berada di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.
Suhakam memandang serius terhadap perkara tersebut dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya didapati isi kandungan nota tersebut adalah benar.
Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha’Ani Abdullah berkata, satu kajian terperinci perlu dilakukan dengan kandungan nota tersebut sebelum sesuatu tindakan diambil.
“Kami menerima nota tersebut minggu lalu. Siasatan sudah mula dijalankan pada minggu ini. Banyak faktor yang perlu diberi penekanan terhadap kesahihan nota tersebut.
“Bukan sahaja mengenai isi kandungannya, malah pengirim nota berkenaan. Adakah benar ia ditulis oleh tahanan atau mereka yang sudah bebas.
“Faktor-faktor ini perlu diberi penelitian terperinci. Ia bukan perkara mudah. Kita tidak mahu wujud unsur penipuan yang sengaja diadakan demi kepentingan peribadi seseorang,” katanya
Beliau menambah, andainya nota tersebut adalah sahih dan terdapat kes salah laku kakitangan terhadap tahanan, Suhakam tidak akan berdiam diri.
“Suhakam akan mendapatkan siapa pengirim dan saksi-saksi berkaitan kes ini. Kita mahu mereka tampil dan membantu kes ini. Tidak seharusnya berlaku salah laku kakitangan dalam menjalankan tugas mereka dan perkara ini perlu diadili dengan sebaik-baiknya.
“Suhakam akan membuat syor yang akan diserahkan kepada pihak berwajib. Namun perkara tersebut masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana pada masa ini kami masih meneliti kesahihan nota terbabit,” katanya.
Kamunting adalah tempat dimana semua tahanan ISA ditempatkan. Sebelum ini, terdapat cubaan tahanan melancarkan mogok lapar berikutan tidak berpuas hati dengan corak pengurusan di Kamunting.
Suhakam Siasat Nota Dari Penjara Kamunting
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA

