Tablet Google

Tablet Google Pada Harga RM636

Tablet Google Pada Harga RM636 : Syarikat Google kelmarin mengumumkan tablet google terbarunya yang mengandungi perisian Android, Nexus 7 akan dijual pada harga serendah AS$199 (RM636) di AS.

Komputer itu turut mempunyai perkhidmatan Google Play (kedai google) yang menjual pelbagai genre filem, muzik dan lagu. Bagi menarik minat pelanggan, komputer tersebut akan dijual separuh daripada harga iPad.

Hugo Barra ,Ketua Unit Android, berkata, berat komputer itu sama dengan sebuah buku berkulit keras. Menurutnya, komputer tablet Nexus boleh dipesan di rangkaian kedai Google Play di Kanada, Britain dan AS. Komputer tersebut akan dijual pada bulan depan.

Setiap satu unit tablet Google tersebut dilengkapi dengan cip quad-core Nvidia Tegra 3, yang telah dibangunkan bersama-sama tenaga pakar teknologi daripada syarikat Asus. TechnoBuffalo tidak dapat mengesahkan sistem operasi manakah yang digunakan pada tablet itu nanti, tetapi ia mengatakan kemungkinan besar Google Tablet akan menggunakan Android 5.0 Jelly Bean. – Forblogger | Berita Terkini.

Malaysia Kini

Hi Malaysia Kini adalah Admistrator di webberita.com, dan SEO Warrior + Social Manager di forblogger.net news portal. Malaysia Kini juga adalah salah seorang Repoter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

3 thoughts on “Tablet Google Pada Harga RM636

Leave a Reply