Tasha Shila Bersedia Jika Di Saman Neelofa : Tasha Shila bersedia dan tidak gentar jika disaman Neelofa.
Berikut adalah kenyataan Tasha Shila didalam temubual sebuah akhbar tempatan,
“Saya tidak tahu yang Anzalna jadikan saya sebagai punca untuk dia luahkan perasaan dia. Bagi saya, siapa yang pernah melalui perkara serupa akan faham dengan perasaan saya,” katanya.
Tasha berkata, dia juga bersedia, andai Neelofa turut mahu menyamannya dan dia juga akan bertindak andai perlu.
“Saya tak takut jika dia (Neelofa) juga mahu menyaman sama dan saya bersedia jika dia berbuat demikian,” katanya.
Tasha Shila pernah mengeluarkan kenyataan terhadap Neelofa yang dikatakan pernah mempertikaian kemenangannya di Anugerah Bintang Popular (ABPBH), bagaimanapun tidak mahu diheret sama dalam situasi antara Neelofa dan Anzalna.
Tasha Shila Bersedia Jika Di Saman Neelofa

