Tizz Zaqyah Hentam Remy

by Harian Malaya on 16 June, 2012

in Info Artis

Share:

Tizz Zaqyah Hentam Remy : Tizz Zaqyah dikatakan telah bengang seketika dengan Remy dan keluarkan kenyataan balas menghentam Remy Ishak.

Semuanya berikutan kenyataan Remy Ishak, “ Tizz Layan macam Sampah” di akaun twitter beliau, berikutan itu Tizz dilaporkan telah membalas dengan satu kenyataan di laman facebook beliau.

Tizz Zaqyah Hentam Remy

“bagus, telan lagi ubat penenang banyak-banyak. Buat kerja bodoh, salahkan orang. Drama je hidup. Mintak simpati. Jangan.. aku simpan je.” Namun, Tiz memadamkan status tersebut beberapa ketika kemudian.

Bagaimanpun, Tizz Zaqyah ketika ditemui para wartawan di majlis pelancaran drama Dejavu di Kinabalu, di Cathay Cinneplax, e@Curve, Mutiara Damansara telah memberikan kenyataan seperti berikut.

“Saya akui ketika saya mengeluarkan status itu, saya dalam keadaan marah dan kadangkala saya jenis yang cepat marah. Saya tidak mahu komen lebih lanjut lagi kerana ia tidak memberi impak terhadap kehidupan orang lain.

“Saya juga berharap peminat dan pembaca tidak membuat apa-apa andaian dan tidak menyebelahi mana-mana pihak (Remy atau Tiz) mengenai perkara yang berlaku,” jelasnya.

“Saya rasa, lebih baik berdiam diri kerana dalam perhubungan, normallah bila pasangan bergaduh. Semua orang saya rasa, pernah lalui situasi yang sama,” akhirinya.

Tiz turut berkata, biarpun dia merupakan seorang public figure, namun dia bukan seorang yang gemar berkongsi kisah peribadi.

 

#Satu prinsip yang terbaik dari Tizz Zaqyah dan Forblogger berharap kisah Remy dan Tizz ini tidak berpanjangan.

Tizz Zaqyah Hentam Remy

5.0

Previous post:

Next post: