Tom Cruise Dan Katie Holmes Bercerai

by Malaysia Kini on 30 June, 2012

in Info Artis

Share:

Tom Cruise Dan Katie Holmes Bercerai : Pasangan popular Hollywood Tom Cruise dan Katie Holmes telah bercerai selepas lima tahun berkahwin.

Daily Mail menyatakan, Holmes telah menfailkan cerai terhadap suaminya melalui peguamnya Jonathan Wolfe.

Jonathan Wolfe memberitahu majalah People punca keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan masalah peribadi yang dihadapi pasangan itu.

“Baik Holmes mahupun Cruise masalah yang berlaku sangat peribadi,” ujarnya.

Wolfe memberitahu, anak pasangan itu iaitu Suri akan berada di bawah pengawasan Holmes buat masa ini.

“Dia sangat sayangkan Suri dan sering bersama anaknya itu dan buat masa ini pengawasan anak mereka diberi kepada Holmes,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2008 dan akan menjadi penceraian ketiga bagi Cruise selepas gagal mempertahankan rumah tangganya dengan pelakon Nicole Kidman dan Mimi Rogers. – Forblogger | Hiburan

5.0

Previous post:

Next post: