Trend Filem Tempatan Semakin Negatif : Bimbang dengan gaya trend filem tempatan yang semakin negatif dan condong ke arah filem seram dan gangster, PKPIM mula bersuara.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menerusi Exco Dokumentasi & Penerbitan PKPIM, Mohd Syahiran Muhamad berkata, PKPIM bimbang dengan trend penerbitan filem tempatan yang lebih kepada unsur negatif iaitu seram dan gengsterisme.
Menurut beliau, gambaran kehidupan yang tidak sihat dan banyak mengetengahkan unsur keganasan seperti gangsterisme akhirnya akan mempengaruhi dan menjerumuskan anak-anak muda di negara ini ke arah perkara yang di tegah terutamanya agama Islam.
Perfileman merupakan salah satu media atau alat penyampai maklumat serta pendidikan kepada masyarakat yang berbentuk penceritaan bersiri ataupun hanya satu episod.
Tambah beliau, nilai sesebuah cerita itu harus di titik beratkan oleh produser dan pengarah sesebuah filem agar maklumat yang betul dan nilai-nilai murni dapat disalurkan kedalam masyarakat Malaysia yang pastinya mengutamakan adab serta nilai yang baik.
Jika dilihat filem-filem yang berada dipasaran sekarang, ianya amat membimbangkan kerana mengandungi unsur-unsur negatif seperti kepercayaan tahyul, gangsterisme dan budaya sosial yang melangkaui batas.
Walaupun ada yang memberitahu bahawa dalam filem ini tidaklah menggambarkan realiti kehidupan sebenar dan hanya mengetengahkan adegan-adegan yang boleh menarik penonton yang ramai.
Namun, katanya, perbuatan seperti ini adalah salah serta boleh memberi padah jika ada penonton yang meniru perbuatan tersebut, namun tidak dinafikan ada filem tempatan yang terbaik dari segi nilai murni yang hendak disampaikan.
Beliau turut berharap Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan seharusnya bertanggungjawab keatas setiap filem yang di keluarkan oleh produksi tempatan, terutamanya dari segi nilai dan kehidupan supaya keluhuran agama Islam akan tetap terjaga seterusnya nilai murni akan terus dapat dipupuk di masa akan datang.
Trend Filem Tempatan Semakin Negatif?


{ 1 trackback }