1000 Penduduk Islam Rohingya Disembelih

by MediaKini on 22 July, 2012

in Info Terkini

Share:

1000 Penduduk Islam Rohingya Disembelih: Lagi 1000 penduduk Islam Rohingya disembelih di Arakan oleh penduduk Rakhine.

Begitulah nasib saudara seIslam kita di Myanmar yang ditindas oleh puak yang bermaharajalela, Rakhine. Apa yang lebih menyedihkan, pihak berkuasa dan keselamatan tidak menghalang tindakan zalim tersebut malah turut sama membantu puak Rakhine.

Menurut salah seorang aktivis Islam Myanmar yang hanya mahu dikenali dengan nama Ahmad, 32, segala maklumat tentang penindasan tersebut dirahsiakan oleh pihak berkuasa supaya tidak diketahui umum. Selain itu, bantuan dari luar juga turut disekat.

Menurut Ahmad lagi, pada masa ini ada kira-kira 115,000 orang umat Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat (20,000). - 1000 Penduduk Islam Rohingya Disembelih

(Sumber: MyMetro)

5.0

Previous post:

Next post: