5 Finalis Masterchef Selebriti Malaysia: Kini program Masterchef Selebriti Malaysia sudah sampai ke penghujungnya dan 5 finalis yang layak ke final pertandingan program masakan tersebut telah diumumkan.
Dalam episod ke-26 yang lepas, Chef Jo telah mengumumkan 5 finalis Masterchef Malaysia 2012 iaitu Soo Wincci, Datuk Fazley, Angah Raja Lawak, Juliza Adlizan dan Farouk Hussein. Sebelum ini, Farouk Hussein telah pun tersingkir dari beraksi di final Masterchef Selebriti Malaysia setelah tewas dengan Angah di dalam ujian penyingkiran. Namun begitu Farouk dimasukkan semula setelah satu kejutan diumumkan oleh Chef Jo untuk membawa masuk Farouk Hussein kembali.
Final Masterchef Malaysia akan diadakan pada 16 Julai 2012. Jangan lupa menyaksikan 5 finalis Masterchef Selebriti Malaysia berentap melalui saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD, isnin pukul 9 Malam. -5 Finalis Masterchef Selebriti Malaysia


{ 3 trackbacks }