8 Pelajar Malaysia Di Syria Tetap Berdegil

by MediaKini on 30 July, 2012

in Info Terkini

Share:

8 Pelajar Malaysia Di Syria Tetap Berdegil: Nasib lapan penuntut Malaysia di Syria yang tetap berdegil tidak mahu pulang ke Malaysia meskipun selepas dipujuk oleh pihak kerajaan kini terletak di tangan mereka sendiri.

Menurut Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang merupakan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, pihaknya tidak dapat mengambil sebarang tindakan lanjut terhadap pelajar terbabit.

“Kita tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap mereka kerana keputusan itu dibuat atas kehendak mereka sendiri.

“Kita sudah minta dan pujuk mereka untuk balik ke Malaysia tetapi ini keputusan mereka sendiri dan kita tidak dapat buat lebih daripada itu,”

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Surau Darussalam dan Majlis Berbuka Puasa di Taman Scientex di sini semalam.

Pihak kerajaan baru-baru ini mengambil keputusan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Syria ekoran pergolakan akibat peperangan yang semakin meruncing di negara itu.

Kumpulan pertama pelajar Malaysia sebanyak tujuh penuntut tiba di tanah air pada Rabu lepas manakala kumpulan terakhir membabitkan 100 penuntut tiba semalam.

Sejumlah tujuh pelajar pulang ke Malaysia atas inisiatif sendiri, lapan lagi penuntut sedang bercuti atau berada di luar Syria.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan akan mengkaji mekanisme terbaik bagi membantu 130 pelajar terbabit untuk menyambung pengajian.

Menurutnya lagi, penuntut berkenaan mungkin boleh menyambung pengajian di Jordan atau di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

Justeru itu, pelajar terlibat diminta supaya berhubung terus dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk tindakan susulan. - 8 Pelajar Malaysia Di Syria Tetap Berdegil

5.0

Previous post:

Next post: