Abang Lelaki Amuk Tertekan dan Bimbang Keselamatan Diri : Abang lelaki yang mengamuk di JPM,Putrajaya kini dalam keadaan tertekan dan bimbang keselamatan dirinya.
Dia berasa bimbang kerana publisiti dari pihak media yang berlebihan menyebabkan dirinya tertekan ditambah lagi rumahnya dirujuk sebagai rumah lelaki yang mengamuk tersebut.
Joe, berkata, akibat peristiwa itu beliau tidak dapat tidur selama 3 hari, Dia turut berkata abangnya (penyerang) telah hilang selama bertahun-tahun dan hanya muncul kembali di rumah keluarga baru-baru ini.
“Bagaimana jika abang saya mempunyai teman yang tidak puas hati dengan apa yang saya beritahu (akhbar)? Anda boleh jamin keselamatan saya,” katanya ketika ditemui di luar rumahnya, semalam.
Sementara itu, terdapat berita mengatakan orang yang menghantar kedua-dua suspek di JPM,Putrajaya dikatakan telah dikenali. Kedua-dua suspek dikatakan dihantar oleh seseorang yang mereka kenali. Pihak polis masih menyiasat lanjut perkara ini.
Abang Lelaki Amuk Tertekan dan Bimbang Keselamatan Diri
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA

