Abby Abadi Cetek Pemikiran – Umie Aida

by MediaKini on 27 July, 2012

in Info Politik

Share:

Abby Abadi Cetek Pemikiran – Umie Aida: Pelakon wanita, Umie Aida mengatakan Abby Abadi seorang yang cetek pemikiran disebabkan komennya tentang isu politik baru-baru ini.

Selepas timbul isu perdebatan diantara Abby Abadi dan Datuk AC Mizal di laman twitter baru-baru ini tentang isu PDRM, kini timbul pula kontroversi baru yang mengundang banyak komen dari pelbagai pihak termasuklah di kalangan artis sendiri. Isu yang dibangkitkan oleh Abby Abadi mengenai nasib golongan artis sepertinya yang menyertai PAS tidak mendapat peluang pekerjaan di dalam bidang seni sehinggalah kerajaan sekarang tumbang.

“Apabila seseorang artis itu berhijrah, ruang untuk kita menjadi kreatif menjadi sempit. Untuk yang menari dan berlakon, mereka perlukan karya yang lebih Islamik,” ujar Abby Abadi.

Tambah Abby lagi, “Artis seperti kami hanya akan bekerja dalam industri hiburan kreatif apabila ia’nya selari dengan syariat Islam & semua mesti setia dengan PAS untuk jadikan ianya kenyataan.”

Antara artis yang tampil memberi pendapat termasuklah Shilla Rusly, Aida Kalida dan juga Safiyah Wardina. Selain itu, Datin Paduka Umie Aida turut sama menberi komen yang mengatakan pendapat Abby Abadi dilabel sebagai ‘cetek pemikiran’ melalui laman Twitter miliknya.

“Kesian dengan komen dia (Abby Abadi) macam tu, sangat cetek pemikiran dia.”

 

Selepas komen tersebut dibalas oleh Abby Abadi, Umie Aida membalas semula komen tersebut.

Minta maaf akak ckp begitu. Sebab Abby Abadi berkata artis yang berhijrah seperti beliau hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan sedia ada tidak lagi memerintah. RT @abby_abadi112: @Umieaida Kak Umie ckp Sy cetek pmikiran? Akak, Sy syg kwn2 sy trmasuk akak. Kita dah d akhirzaman dan ni. Jauh tsasar Umat Muhammad skrg.

Seterusnya Umie Aida membalas dengan komen di bawah,

Wsalam… betul. tapi jgn gunakan politik. RT @abby_abadi112: @Umieaida Assalamualaikum kak umie, maaf ye. Sy ambil tggungjwab ini bkn suka2, utk menyedarkan semua yg mengaku ISLAM. Kena balik pada ALQURAN&SUNNAH.

Bagi anda, apa pendapat anda pula tentang isu yang dibangkitkan oleh Abby Abadi tersebut. Setujukah anda?

- Abby Abadi Cetek Pemikiran

5.0

Previous post:

Next post: