Abby Abadi Persoal Aurat Wanita di Twitter : Abby kembali lagi dengan satu persoalan, terbaru kisah Abby Abadi Persoalkan Aurat Wanita di Twitter.
Abby Abadi secara umumnya kini dikenali dengan imej bertudung dan menyertai parti politik PAS telah membuat beberapa kontroversi sebelum ini, terbaru apabila beliau mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan wanita yang menutup aurat di akaun twitternya.
Maksud dari perkataan twitter Abby di atas Forblogger turunkan di bawah untuk memudahkan pembaca membacanya.
Kenapa ye, ramai wanita yang rasa tidak menutup aurat pun tak pe? Free hair tu maksudnya tidak berdosa? Ada yang boleh bagi tahu sebabnya kenapa? Kita share-share saja…Nak tahu boleh?
Forblogger berpendapat, niat Abby Abadi sebenarnya baik. Menyeru kepada sesuatu kebaikan, namun seperti biasa, apabila ianya membabitkan selebriti, pastinya ia akan mengundang kontroversi panas seperti pisang goreng panas.
Beberapa laman web hiburan juga mengeluarkan isu teguran Abby Abadi berkenaan aurat wanita ini.
Pandangan Abby ini, memang bersesuaian dengan niat beliau sebelum ini iaitu dia sudah tidak takut untuk bersuara lagi, apatah lagi apabila memperkatakan tentang sesuatu kebenaran mengikut konteks kefahaman beliau sendiri.
Abby Abadi Persoal Aurat Wanita di Twitter



{ 4 trackbacks }