Abby Abadi Sah Sertai PAS : Setelah pelbagai kontroversi timbul, Abby Abadi akhirnya sah sertai PAS.
Pada majlis Ceramah Perdana Ambang Ramadhan berdekatan Padang YIK Nilam Puri malam tadi, Abby Abadi akhirnya telah menandatangani borang keahlian seumur hidup ahli PAS.
Pengesahan ini diterima menerusi laman facebook Nik Aziz Nik Mat.
Melalui akaun twitter beliau juga, Abby telah mengeluarkan kenyataan,
“Penyertaan saya adalah kerana menghargai & menghormati TG Nik Aziz/TG Hj Abd Hadi Awang/semua jemaah yang berjuang untuk agama ALLAH,”
Jadi, pastinya ini satu permulaan untuk Abby bergiat lebih aktif didalam ceramah parti politik mengikut jejak langkah rakan artis lain.
Apakah kontroversi Abby akan terus hangat semasa di bulan Ramadhan atau sebaliknya, pastinya ramai yang akan melihatnya nanti.
Sebelum ini, Abby turut hangat dengan kontroversi tutup aurat wanita dan debat bersama Ac Mizal berkaitan isu polis Malaysia.
Abby Abadi Sah Sertai PAS




{ 4 trackbacks }