AdaMu Lagu Terbaru Najwa Latif : AdaMu adalah lagu terbaru dari Najwa Latif bersempena Ramadhan ini untuk peminatnya.
Lagu AdaMu ini sebenarnya telah dihasilkan pada Ramadhan yang lalu dan lirik lagu ditulis oleh kakak Najwa Latif sendiri iaitu Ika.
Lagu ini khas ditujukan buat peminat setia Najwa Latif yang merinduinya kerana beliau dikatakan sedang berehat dari sebarang aktiviti musik dan sedang menumpukan sepenuh perhatian kepada peperiksaan SPM yang bakal beliau hadapi tahun ini.
AdaMu dilancarkan serentak dengan video musik yang dilancarkan di saluran you tube Najwa Latif.
Berikut adalah lirik AdaMu;
AdaMU
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Lagu: Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik: Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)
#Untuk tonton klip video terbaru Najwa Latif, sila lawati fanpage Forblogger, terima kasih.
<Video Lagu AdaMu Najwa Latif>
AdaMu Lagu Terbaru Najwa Latif


