Adinda Sultan Selangor Tengku Putri Aishah Mangkat : Berita Terkini, adinda Sultan Selangor iaitu Tengku Putri Aishah diberitakan mangkat di Hospital Pantai malam tadi.
Tengku Putri Aishah, merupakan adinda bongsu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, mangkat akibat serangan barah.
Ayahanda Saudara Sultan Selangor, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Ramli Tengku Shahruddin Shah memaklumkan Almarhum mangkat pada jam 12.15 malam.
Talkin dibacakan oleh Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar.
Tengku Putri Aishah, 56, menghembuskan nafas terakhir di sisi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama anggota keluarga yang lain.
Sultan Selangor turut berangkat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah almarhum.
Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Orang Besar Istana dan kerabat diraja yang lain. Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan exco dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.- Bernama
Adinda Sultan Selangor Tengku Putri Aishah Mangkat - Alfatihah!!




{ 1 trackback }