Aizat Berhajat Tunaikan Haji Tahun Ini : Aizat merancang dan berhajat tunaikan haji tahun ini kerana berasa dirinya sudah bersedia.
Aizat Amdan, 23 , berasa usia bukan penghalang untuk menunaikan ibadah haji iaitu rukun Islam yang kelima itu. Pernah merasa kemanisan melakukan umrah, kali ini beliau berhajat untuk menunaikan haji pula.
Beliau yang pernah melakukan umrah bersama Altimet dan Noh Hujan ketika penggambaran Umrah Kita (TV 9) pada bulan Mac yang lalu mengakui kemanisan bila melakukan ibadah umrah.
Selain hati berasa tenang, faktor usia yang muda dan kewangan yang kukuh membuatkan beliau berasa terpanggil untuk melakukan Haji.
“Pada pendapat saya, jika ada simpanan kewangan yang lebih serta keizinan kesihatan yang baik, adalah lebih baik untuk kita menunaikan haji semasa umur masih muda.
“Tidak perlu menunggu pada hari tua. Ketika muda inilah, dengan tubuh badan yang sihat dan masih kuat, ibadah kita menjadi lebih mudah.
“Ada setengah orang, faktor umur dijadikan ukuran utama dalam ibadah haji kerana ketika badan masih sihat, kuat dan bertenaga inilah antara perjuangan jihad kita dapat dilakukan dengan cukup sempurna.
“Bagaimanapun, lakukanlah ibadat umrah dahulu sebagai permulaan. Memang seronok apabila berada di sana, rasa tenang,” ujarnya.
Aizat turut ingin menyarankan kepada golongan muda untuk tidak melengahkan masa dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut (sekiranya berkemampuan) sebagai umat Islam.
# Alhamdulillah, Forblogger ucapkan selamat pergi dan kembali seandainya hajat Aizat ini tertunai nanti. Insyaallah.
Aizat Berhajat Tunaikan Haji Tahun Ini

