Album Baru Anuar Zain : Vokal Semakin Mantap ok? 4 tahun sepi tanpa album, kini Anuar Zain muncul dengan album keenam pasti mengubat rindu para peminat.
Seperti diduga, sejak dipasarkan pada November tahun lalu, lebih daripada 11,000 salinan telah pun dijual tanpa sebarang promosi. Ternyata, ramai yang benar-benar menantikan produk terbaru penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka ini.
Tidak banyak lagu yang ditampilkan, album ini memuatkan sebanyak lapan buah lagu. Lagu-lagu ini adalah pemilihan yang terbaik antara lagu-lagu yang disediakan. Garapan vokal Anuar Zain pula semakin mantap.
Lagu-lagunya seperti Ku Berjanji Karna Cinta, Nadi Terhenti, Ajari Aku, Pernahkah, Simpati Cintamu, Sempurnakan Aku, Terindah dan Cinta Harus Memiliki. Seperti yang diketahui semua, vokal Anuar tidak perlu diulas lagi kerana kehebatan vokalnya sukar ditandingi dan mempunyai gaya ekspresi yang tersendiri ketika menyampaikan lagu-lagunya tersebut.
Walaupun kelapan-lapan lagu Anuar berkonsepkan balada, Anuar mewarnakannya dengan gaya nyanyian yang sedikit berbeza serta memasukkan elemen Jazz dalam beberapa buah lagu nyanyiannya.Forblogger merasakan tidak ada masalah rasanya apabila Anuar menggunakan khidmat komposer luar, asalkan, kualiti dan piawai hasil lagu seperti yang diinginkan.
Warna hitam putih pada kulit album terbaru Anuar Zain iaitu yang keenam (termasuk album kompilasi) cukup menunjukkan kesederhanaan penyanyi ini. – Forblogger | Hiburan


{ 1 trackback }