Amy Search,Jamal Tuntut Lim Kit Siang dan Mariam Mokhtar Mohon Maaf : Amy Search dan Jamal tuntut Lim Kit Siang dan Mariam Mokhtar mohon maaf berikutan tuduhan sokong UMNO.
Tuntutan mohon maaf dilakukan apabila Amy dan Jamal merasa mereka difitnah dan terhina bila dituduh menerima RM10,000 setiap kali isytihar sokong UMNO.
Merasa sedih dan terhina dengan perkara itu, tuduhan tersebut secara tidak langsung dianggap menjatuhkan maruah serta kredibiliti mereka sebagai artis yang sudah lama berkecimpung didalam industri hiburan tanah air.
Menurut Amy Search, dia tidak pernah menerima atau diupah dengan duit sebanyak itu apabila menjadi ahli UMNO.
“Keputusan saya untuk menyertai UMNO adalah atas kerelaan sendiri dan bukannya kerana disogok dengan wang ringgit.
“Mana-mana pihak yang dakwa saya masuk UMNO kerana dibeli, tunjukkan bukti terlebih dulu sebelum buat kenyataan sedemikian.
“Saya mahu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan penulis blog, Mariam Mokhtar membuat permohonan maaf secara terbuka,” katanya.
Sebelum ini, 3 artis iaitu Amy Search, Jamal, Mus dan Ibnor Riza mengisytiharkan mereka masuk parti politik, UMNO kerana percaya dengan menyertai Umno perpaduan orang Melayu mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.
Para artis seperti Hairie, Aishah, Amy, Mus, Jamal dan Abby secara terangan telah mengisytiharkan kemasukan mereka dalam parti politik yang mereka percayai. Satu fenomena luarbiasa bagi industri hiburan negara.
Apapun, Forblogger berharap isu parti politik tidak menjadi nanah didalam industri hiburan negara kerana percaya setiap orang bebas memilih parti yang mereka sertai.
Amy Search,Jamal Tuntut Lim Kit Siang dan Mariam Mokhtar Mohon Maaf


