Ariel Peterpan Dibebas Bersyarat Hingga 2013

by Black Hat on 24 July, 2012

in Info Artis

Share:

Ariel Peterpan Dibebas Bersyarat Hingga 2013

BANDUNG (Jawa Barat) – Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham akhirnya dibebaskan dari penjara pada hari ketiga umat Islam menyambut Ramadan semalam selepas menjadi banduan selama dua tahun akibat penglibatannya dalam kes pengedaran video luc*h.

Pembebasan penyanyi kumpulan peterpan yang berusia 31 tahun  itu dari penjara Kebon Waru di sini pada pukul 9 pagi (waktu tempatan) telah diputuskan selepas Ariel menunjukkan kelakuan baik sepanjang dipenjarakan bermula 31 Januari tahun 2012 lalu serta selepas beliau membayar denda sebanyak Rupiah 250 juta (RM84,000).

Bagaimanapun pembebasan Ariel Peterpan adalah secara bersyarat dengan peringatan beliau tidak boleh mengulangi perbuatannya serta diwajibkan melaporkan diri ke penjara setiap bulan sehingga dibebaskan secara mutlak pada 21 September 2013 kelak.

Mengikut hukuman sebenar, Ariel telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun setengah oleh Mahkamah Daerah Bandùng.

Berita pembebasan Ariel telah mendapat reaksi luar biasa daripada ratusan peminatnya yang mengerumuni pekarangan penjara sehingga mengakibatkan kesesakan teruk.

Dalam ucapan ringkas di hadapan peminat, Ariel berkata: “Terima kasih kerana terus memberi sokongan terhadap saya, sekalipun saya sudah bersalah. Tapi yang pastinya pembebasan ini bersyarat dan saya tahu akan ada laporan perlu dibuat setiap bulan dan prosedur lain.”

Ariel juga tidak dibenarkan untuk terlibat dalam konsert di luar Indonesia sepanjang tempoh pembebasan bersyarat tersebut.

Dari penjara Kebon Waru, Ariel kemudian dibawa ke pejabat Pendakwaraya Bandung bagi menandatangani dokumen serta mendengar syarat-syarat pembebasannya.

Kes pengedaran video luc*h yang melibatkan Ariel dengan dua artis wanita popular republik itu, Luna Maya dan Cut Tari mencetuskan kegemparan apabila ia mula diedarkan sekitar Jun 2010 secara meluas.

Ekoran dari itu, Ariel ditahan pada 23 Jun 2010 dan menjalani sidang mahkamah sebanyak 14 kali.

Sepanjang persidangan mahkamah, dia tidak pernah mengaku melakukan perbuatan itu selain sering memberikan jawapan yang berputar belit.

Kes p*rnografi pertama di Indonesia yang dibawa ke pengadilan itu mula dibicarakan di mahkamah pada 22 November 2010 lalu.

Pada 13 Disember tahun yang sama, Cut Tari yang didakwa terlibat dalam kes berkenaan mengaku di mahkamah yang dia merupakan pasangan yang mengadakan hubungan seks dengan Ariel dalam video itu.

Manakala Luna Maya pula pada 20 Disember 2010 menafikan di mahkamah dia merupakan pasangan wanita dalam video tersebut.

5.0

Previous post:

Next post: