Artis Pakai Tudung Tidak Perlu Mengeluh

by Black Hat on 26 July, 2012

in Info Artis

Share:

PORTAL MSTAR: Artis wanita khususnya mereka yang membuat keputusan untuk berhijrah dan menukar imej dengan memakai tudung tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.

Golongan tersebut seharusnya yakin dan jitu akan niat utama mereka untuk berhijrah kearah kebaikan dan harus mengelak daripada memberikan kenyataan yang boleh mencemarkan imej mereka selepas membuat keputusan untuk berubah ke arah baik itu.

Pelakon yang juga penerbit drama Sheila Rusly berkata, seandainya ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, individu tersebut harus menerima dugaan tersebut dengan hati terbuka.

Artis Pakai Tudung Tidak Perlu Mengeluh

Seila Rusly

“Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah.

“Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah.

“Bertudung dan menutup aurat itu tidak membebankan atau membatasi urusan seharian kita,” katanya ketika dihubungi di sini.

Pelakon dan Penerbit eksekutif JS Pictures ini berkata demikian sebagai respons kepada luahan dan rungutan segelintir artis wanita yang bertudung mendakwa kurang mendapat tawaran seperti sebelumnya selepas bertukar imej bertudung dalam masa terdekat.

Malah tambahnya lagi, terdapat sesetengah artis yang tergamak memberi kenyataan sinis dengan memburuk-burukkan pihak tertentu selepas menukar imej tersebut dengan menekankan bab Politik dalam negara.

Dilihat dari pengalamannya Sheila Rusly berkata, kerjaya dan perniagaannya tidak sekali merudum sebaliknya dia menikmati kesan positif terutama sekali selepas pulang daripada menunaikan ibadat Haji pada hujung 2007.

Eyriqazz Vs Denaihati

Aida Khalida

“Sudah 5 tahun saya bertudung dan alhamdulillah rezeki tidak putus sehingga kini. Sebagai pelakon dan juga penerbit, saya tidak nampak sebarang masalah timbul kepada artis yang bertudung.

“Di Malaysia, kita ada banyak saluran televisyen, malahan terdapat juga saluran Islamik yang membolehkan penghasilan banyak drama berunsurkan Islam. Ini sekali gus memberikan jaminan platform yang cenderung kepada aktres wanita yang sudah bertudung. Sungguhpun begitu, saluran Islamik ini bukanlah platform sebaliknua seperti politik.

“Jadi, tidak wajarlah isu bertudung dianggap sebagai menyekat periuk nasi dan rezeki dalam bidang seni pula. Tiada siapa meminggirkan artis kerana berhijrah bertudung. Ada banyak jalan cuma kita perlu bersabar dan terus berikhtiar,” kata Aida Khalida.

Bersifat sementara

Aktres berpengalaman itu turut berkata, senario tawaran lakonan yang terjejas selepas baru sahaja bertudung hanya bersifat sementara kerana dia juga tidak terlepas daripada pengalaman sama ketika mula bertukar imej bertudung kira-kira 4 tahun lalu.

“Bagi saya, isu tawaran terjejas atau merosot adalah ujian Allah kepada artis yang baru berhijrah. Ketika mula-mula bertukar imej bertudung 4 tahun lalu, saya pun hadapi perkara yang sama tetapi ia hanya sementara.

“Berkat akan keyakinan, doa dan usaha Allah pasti bukakan pintu rezeki kepada kita juga jika dengan cara yang betul. Tawaran kerjaya yang konsisten atau terjejas tiada kaitan dengan bertudung kerana ia adalah perkara wajib bagi wanita Muslim,” tambahnya lagi.

Menurut pelakon ini, malahan rezeki daripada pendapatannya menjadi lebih berkat berbanding sebelum bertudung dulu kerana ia berterusan dan tidak pernah putus.

“Syukur Alhamdulillah, pendapatan hasil dari lakonan saya tidak terjejas, malahan rezeki itu menjadi lebih berkat sejak saya bertudung. Kalau sebelum ini, dapat sebanyak mana pun wang pasti akan habis begitu sahaja namun kini rezeki itu sentiasa ada.

“Sukar untuk saya jelaskan sebenarnya namun itulah perkara terhebat yang saya peroleh berkat penghijrahan ini,” katanya.

Bekas pelakon dan pengacara yang kini bergelar aktivis bebas Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmo (Wardina) mengakui menerima impak negatif dan diskriminasi daripada industri seni ketika dia berhijrah sekitar 12 tahun lalu.

Eyriqazz Vs Denaihati

“Namunpada awalnya lagi saya sudah meletakkan sasaran untuk berundur diri daripada lakonan dan beralih ke bidang pengacaraan ketika mula-mula bertukar imej dahulu. Tidak saya nafikan, impak diskriminasi saya alami ketika mula-mula bertudung tetapi ia hanya perkara kecil dan sementara sahaja.

“Lama-kelamaan, penggiat seni dan peminat semakin terbuka dan menerima penghijrahan saya. Mungkin juga kerana saya sudah tidak mahu berlakon ketika bertudung dulu, saya jadi tidak begitu kisah mengenai reaksi orang kerana saya tahu apa nawaitu dan yang saya lakukan,” katanya.

Menurut Wardina, andai seseorang artis wanita itu berhasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni selepas bertudung, dia harus bersabar dan percaya pada rezeki yang ditetapkan Allah.

“Kita berhijab bukan untuk menunjukkan kita sudah sempurna iman atau terlalu baik tetapi kerana mahu menjadi manusia yang lebih beriman dan lebih baik.

“Jika di kalangan artis bertudung mampu bertahan, teruslah berusaha mencari rezeki yang berkat tetapi jika sebaliknya, maka beralihlah kepada bidang yang lebih baik,” tambahnya lagi.

5.0

Previous post:

Next post: