Azah Aziz Meninggal Dunia

by Malaysia Kini on 9 July, 2012

in Info Terkini

Share:

Azah Aziz Meninggal Dunia : Tokoh budaya Azah Aziz, iaitu isteri Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, telah meninggal dunia.

Menurut seorang anggota keluarga terdekat, Azah atau nama sebenarnya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff, 83, meninggal dunia kerana sakit tua dan angin ahmar kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Asar. Antara yang berada di tanah perkuburan memberikan penghormatan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta anggota keluarga dan kenalan rapat.

Terdahulu, solat jenazah disempurnakan di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq,di Bangsar. Azah berkahwin dengan Ungku Aziz pada 5 Mei 1946 dan dikurniakan seorang anak Dr. Zeti Akhtar Aziz yang kini merupakan Gabenor Bank Negara.

Allahyarham yang turut dikenali sebagai Mak Ungku dilahirkan pada 21 Ogos 1928 di Singapura dan dibesarkan di Johor Bahru. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Convent, Johor Bahru. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. – Forblogger | Berita Terkini

5.0

Previous post:

Next post: