Bank Cuba Diskriminisi Pekerja Islam

by Harian Malaya on 11 July, 2012

in Info Riadah

Share:

Bank Cuba Diskriminisi Pekerja Islam : Sebuah bank di percayai telah cuba melakukan diskriminasi ke atas pekerja Islam dakwa NUBE.

Melalui Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) mendakwa terdapat sebuah bank telah mengeluarkan surat pekeliling yang mempunyai unsur berbaur ugutan dan diskriminasi terhadap pekerja beragama Islam.

Bank Cuba Diskriminisi Pekerja Islam

Abdul Jamil Jalaludeen, Naib Presiden NUBE berkata, melalui surat pekeliling yang bertarikh 5 Julai lalu yang dikeluarkan kepada pekerja bank berkenaan supaya mematuhi arahan tuntutan elaun kerja lebih masa dan elaun makan.

Tambah beliau, dalam arahan itu terdapat beberapa perkara berunsur diskriminasi khususnya ke atas pekerja beragama Islam seolah-olah menghalang mereka dari menunaikan solat.

“Perkara ketiga di bawah perenggan keenam berbau ugutan serta galakan agar pekerja bank berkenaan meninggalkan solat atau mementingkan wang dan membuat kerja daripada solat,” katanya kepada media selepas menyerahkan laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP), semalam.

Abdul Jamil yang juga Pengerusi NUBE Wilayah Utara berkata, arahan dalam perkara ketiga di bawah perenggan keenam tercatat “masa diambil untuk makan tengah hari atau malam, solat dan sebagainya pada waktu kerja lebih masa hendaklah ditolak daripada jumlah jam bekerja”.

“Ia seolah-olah tidak hormat agama Islam dan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 3 (1) iaitu agama bagi Persekutuan dan perkara 11 (1) iaitu kebebasan agama.

“Majikan tidak wajar menolak tuntutan upah kerja pekerjanya yang menunaikan kewajipan sebagai penganut agama Islam,” katanya.

“Arahan dalam surat pekeliling menunjukkan terdapat usaha memisahkan solat dan kerja sedangkan perkara ini ibadat dalam Islam.

“Kami juga hantar surat aduan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha untuk tindakan lanjut,” katanya. (NUBE) mendakwa sebuah bank mengeluarkan surat pekeliling mempunyai unsur diskriminasi dan berbaur ugutan khususnya terhadap pekerja beragama Islam.

Menurutnya, bank perlu sedar solat lima waktu adalah satu kewajipan kepada umat Islam dan ia sepatutnya tidak menjadi ukuran untuk diketepikan dalam mana-mana rancangan atau peraturan.

Naib Presidennya, Abdul Jamil Jalaludeen berkata, surat pekeliling bertarikh 5 Julai lalu dikeluarkan kepada pekerja bank berkenaan supaya mematuhi arahan tuntutan elaun kerja lebih masa dan elaun makan.

Beliau berkata, dalam arahan itu terdapat beberapa perkara berunsur diskriminasi khususnya pekerja beragama Islam yang seolah-olah menghalang mereka menunaikan solat.

“Perkara ketiga di bawah perenggan keenam berbau ugutan serta galakan agar pekerja bank berkenaan meninggalkan solat atau mementingkan wang dan membuat kerja daripada solat,” katanya kepada media selepas menyerahkan laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP), semalam.

 

-sumber Sinar-

Bank Cuba Diskriminisi Pekerja Islam

5.0

Previous post:

Next post: