Bapa Paksa Anak Gugur Kandungan dan Cerai

by Black Hat on 27 July, 2012

in Info Terkini

Share:

Bapa Paksa Anak Gugur Kandungan dan Cerai

Bapa Paksa Anak Gugur Kandungan dan Cerai : Seorang bapa bertindak menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut anak perempuannya yang hamil sebelum memaksa anaknya itu menelan pil tahan sakit untuk menggugurkan kandungannya.

Kejadian tersebut berlaku di rumah mereka di Pantai Dalam, di sini, jam 12.30 tengah malam kelmarin dan bapa berusia 50-an terbabit bertindak sedemikian semata-mata kerana tidak sukakan suami anak perempuannya itu.

Sumber polis berkata, sebelum itu ‘si bapa’ pulang ke rumah dalam keadaan yang marah lalu memaki-hamun serta membelasah anak serta menantunya yang dikatakan baru beberapa bulan berkahwin.

“Suspek menyuruh anak  perempuannya berpisah dengan suami. Namun apabila anaknya yang berusia 20 tahun memberitahu dia sudah mengandung, suspek bertambah berang dan memaksa anaknya menggugurkan kandungan.

“Tidak cukup dengan itu, bapa mangsa turut membawa pil tahan sakit lalu bertindak menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut mangsa supaya kandungan mangsa gugur, namun mangsa berjaya menghalang perbuatan ayahnya,” katanya.

BERITA TERKINI @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: