Bonus Raya Diberi Jika Kerajaan Mampu: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memberitahu bonus raya untuk penjawat awam akan diberikan sekiranya kewangan kerajaan mencukupi.
Perdana Menteri berkata demikian setelah diminta mengulas tentang tuntutan pihak Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini.
“Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu…kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan,”
Pada 16 Julai, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barangan. – Bonus Raya Diberi Jika Kerajaan Mampu


{ 1 trackback }