Harapan Bonus Raya Penjawat Awam 2012

 

Bonus raya penjawat awam 2012 : Apakah bonus raya penjawat awam itu akan diberikan atau dibiarkan sahaja pada tahun ini.

UPDATE LINK : PENGUMUMAN PM BONUS RAYA 2012 Klik sini.

Bonus Raya 2012

 

Kerajaan telah bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangan penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan juga.

“Bonus dan bayaran khas raya ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” jelas Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

menurutnya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara kini.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan sekaligus membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.- dipetik dari arkib pada 8 ogos 2011

Berikut adalah lembaran pengumuman duit bonus raya penjawat awam atau kakitangan kerajaan tahun lepas. Bagaimana pula dengan tahun ini, adakah pengumuman yang sama akan di ulang sekali lagi sebagai sedikit penghargaan kepada penjawat awam.

Sempena kedatangan bulan mulia ramadhan yang menjelang lagi berapa hari dan hari raya yang akan disambut sepurnama kemudian, para penjawat awam ternanti-nanti status bonus atau duit raya 2012 kali ini sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya ; adakah juga diperoleh kali ini ataupun tidak.

Dengan situasi kini yang  menjangkakan PRU 13 semakin hampir, tidak kurang juga desas desus ramalan Bonus Raya 2012 adalah lebih berbanding tahun sebelumnya. Malah turut menjadi khabar angin bahawa Bonus Raya 2012 adalah sejumlah  sebulan gaji.

Sungguhpun tidak mustahil, ianya masih lagi sekadar omongan kosong sahaja selagi Perdana Menteri Malaysia belum mengumumkan perkhabaran bagi status Duit Bonus Raya 2012. Seandainya ada pasti penjawat awam mensyukuri dan menghargainya juga boleh digunakan sebagai persediaan menyambut hari raya aidilfitri bersama orang terdekat.

Oleh yang demikian, pihak forblogger mengalukan segenap lapisan pembaca portal ini mengutarakan sebarang pandangan dan sedikit harapan pada ruangan komen dibawah berhubung perkara ini – Bonus Raya 2012 @ forblogger.net.

 

Comments

  1. al-alif says

    alhamdulillah…rezeki anak…anak sepupu sepapat anak sedara dan seangkatan dengannye coz dapat duit raye lebey lagi tahun ni diorang..(teringin nak jadi budak tahun ni):-)

  2. nick says

    Bagi saya,saya lebih berterima kasih kepada kerajaan dan bukanya kepada individu tertentu.Kalau di bagi setengah bulan pun ok juga cuma yg saya minta elaun perumahan Sabah hendaklah dinaikkan dari RM180 ke RM 500 kerana rm180 itu untuk bayar sewa kandang kambing pun x cukup.Ingat kami dari sabah ni kambing ke?Adik saya menyewa rumah di kota kinabalu dan sewanya adalah RM550 sebulan.Lu pikir lah sendiri.

    • says

      sy sewa rumah RM170.00 jew. Isteri sy suka dgn rumah ni walpun rmh PPRT krn ianya rumah batu bkn kayu. Air percuma kerana tuan rumah guna pam air perigi (kalau guna air paip asyik takde air), elektrik pun tak pernah bayar lagi kerana sy guna di bawah RM20.00. Lagi pun kami cuma ada 2 org anak yg masih kecil. Pasang lampu yg perlu shj, guna mentol LED, pakai tv LED, peti sejuk anti frost; seme tu peralatan elektrik yg jimat bil. Rupa-rupanya elaun perumahan itu bukan untuk bayar sewa rumah tetapi untuk ‘top-up’ sewa rumah. Jangan keliru.

    • Othman says

      Saya pun tersangatlah setuju jika kenaikan elaun/imbuhan tetap perumahan daripada apa ada skg ni.sebabnya sudah l/kurang 7 tahun belum dikaji semula….

  3. mamaamal says

    Alhamdulillah dan terima kasih yang sebenar pada yg Pemberi Rezeki…
    Yang menghulur tu tanggungjawab saje…
    Itu kan hak yang dipimpin…
    Undi tetap rahsia.

    • adi says

      cikgu klu ada lagi bgs tapi hari tu cikgu naik gaji tinggi tak ape la kami ni berapa rial aje tapi kami tetap bersyukur tapi klu ada bones lagi bgs blh la belanja lobih sikit…………?

  4. prihatin says

    untunglah korang yg kerja kerajaan..sob’sob’..
    ktia swasta ni, belum tntu dpt bonus.
    gaji pun alahai..naik tak naik je.

    nak minta keje krajaan, belum ada rezeki lagi. syukur lah kalian…dan aku jg bersyukur dgn apa yg ku miliki skrg.

  5. kiNg says

    Bila kerajaan dapat bonos mesti ada yg merungut untung keja kerajaan la apa la..
    apa salah kerajaan nak bagi bonos kat pekerja dia..kalau swasta yg xdpt bonos riuh semua tempat..tapi ada swasta yg dapat bonos 10-5bulan xde lak nak riuh..
    duit brapa banyak pun tak cukup..tapi elok gak la hargai pekerja yg bertungkus lumus berkhidmat tak kira kerajaan atau swasta…

    • aku says

      sokong king…..betul..betul..betul..kerja tetap kerja…dapat ke x dapat ke..sama jugak kena kerja…dari xde kerja..rezeki Tuhan nak bagi..DIA yang Maha pemurah..DIA juga yang Maha adil lagi Maha Penyayang..

  6. miza says

    drp post2 yg ada ni..nampak la kita bahawa ekonomi negara kita sngt buruk, kakitangan awam bergaji (baru shj naik 13%) tapi msh mengeluh x cukup. jelas nampak bahawa pendapatan yg diraih x blh menampung perbelajaan harian. lebih baik gaji sikit(x payah naikkan gaji atau bonus) tapi harga barg keperluan kita rendah. setinggi manapun pendapatan kalau brg2 mahal naik melambung..kita tetap x akan kecukupan!

    • says

      kenaikan harga barangan tidak boleh dielak. Dulu aku g sekolah bawa 20 sen . Skrg ank aku nak RM2. Dulu aku g sekolah jln kaki. Skrg paling koman bapak hantar ngan motor kalau tdk ngan viva atau BLM. Dulu masa baru kerja gaji pokok cuma RM375, skrg RM2,500. Cuma 1 jew aku nk bg taw, org len sarapan pagi kat restoran RM5 tak cukup. Tp mkn malam aku ank isteri cuma RM7. Aku beli kat gerai nasi 2 bungkus, mee 1 bgks.Balik rmh kitorang campur nasi dingin yg telah dihangatkan, mkn ank beranak. Aku kadang2 sebungkus pun tak hbs krn roti dan biskut cicah nescafe sdg menanti. Tp masih bleh mantain 82 kg gak beb.Isteri aku 75 kg…. Hehehe……

  7. BUDI DHARMA says

    HARAP DAPAT SEBULAN GAJI…KALAU YANG LAIN PUN PM BOLEH BAGI..INIKAN PULA KAKITANGAN KERAJAAN NAMA PUN KAKI TANGAN GERENTI TULANG BELAKANG KERAJAAN…ORANG AWAM DAPAT, PEMNDU TEKSI DAPAT, BUKU DAPAT, YURAN SEK ANAK DAPAT…DLL
    HARAP PM AKAN BAGI SEKURANG-KURANGNYA SATU BULAN GAJI KALAU BAGI DUA BULAN LAGILAH HORAYyyyy…
    Mana tau kot boleh menang besar pulak….

    • carinur says

      masalahnyer skang ni…ramai kakitangan yg kata keje kerajaan tp dalam diam khianati kerajaan.apa yg kerajaan bagi ambil.tp mengutuk,menghina kerajaan.rasanya mereka2 ini dah lupa apa yg terkandung dalam Surat AKUJANJI ms mula masuk keje dl kot.

      • HambaAllah says

        Kerajaan adalah yang diberi tanggungjawab oleh rakyat untuk memerintah. Kalau kerajaab betul rakyat sokong, kalau x betul rakyat bantah. Surat AKUJANJI tu x perlu sebab manusia yang buat. AKUJANJI pada yang ESA yang patut didahulukan kerana kerajaan cuma melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan sahaja.

  8. atan says

    Saya sbg penjawat awam sgt bersyukur dgn apa yg ada.Kerajaan ada duit lebih naikkan gaji.Semua kena igt, rezeki tu daripada tuhan bukan drpd PM.cuba korg fikir,kalau kerajaan bagi bonus kat kakitangan dia, siapa yang untung???bukanke tauke mydin yang untung, tauke tesco, giant, hatta tauke tayar keta n moto besar pun kaya (sbb aku pakai moto besar, tahunni kena tukar tayar))haha…untuk si Mata Duitan, xsalah kita berangan, bila kita berangan kita kena usaha n berdoa..xpayahla nak ckp kami gila…papun, jemput dtg raya sy buat kuih bahulu tayar…hehe

  9. dodoi says

    alaaa yg kta dapat tu pun duit kta gakkkkk….tiap2 hari start aje enjin keta dan moto dah kena tol..minyak..bayar roadtax keta,roadtax motor, pegi beli barang kena tax lagi..nak parking pun kena bayar..nak buang air kecil pun bayar..cukai tanah..cukai pintu..tel pun bla bayar bil pun kena tax..simpan duit dkt bank pun ada tax..bw anak g tgk wayang pun ada tax hiburan..cuba kira ini baru untuk seorang..rakyat kta ada 27 juta orang..dalam sehari,sebulan,setahun berjuta-juta kerajaan untung…khas untuk “mata duitan” mybe awk nie masih lg dibawah jagaan ibu bapa..sbb tu korang tak terasa spt mana kami semua alami..

  10. riesya says

    em btl tu..mungkin mata duitan masih blm merasa kehidupan berkeluarga yang rmai ank..ank sekolah..yg kene anta pengasuh lg..x pun gaji mata duitan ni 50 rbu sebulan jd x rasa la sush mcm kami yg gj cma 2 3 rb j

  11. che mun says

    Tak kesahhh..x dapat pun xpa, dapat ALHAMDULILLAH.
    Sebenornyerr Aku rasa cukup berbangga dapat hidup di Bumi MALAYSIA.
    KERAJAANNYA sentiasa prihatin akan rakyat jelatanya.

  12. SOKONG BN says

    Alhamdulilah… kalau ada… dapat 1/2 bulan gaji pun ok dah…

    Bila lagi nak merasa… nak pilihan raya ni la nak mintak macam2…

    Esok da lepas PRU… x dpat da nak mintak itu, ini…

    Sokong PM yang prihatin kepada RAKYAT & KAKITANGAN AWAM…

  13. sumandak says

    Bagi orang2 yang bergaji besar mungkin tidak mengharap pada bonos…bukan tidak bersyukur dengan kenaikan gaji tempoh hari ..alhamdulillah trima kasi pada PM kita..tapi bonos itu adalah satu hadiah yg setiap tahun dinanti2 kan oleh penjawat Awam..bohongla klo ada yg x peduli atau x mahu diberi Bonos….

  14. ray says

    yg betul sokong,yg x betul…perbaiki dan betulkan dgn hikmah dan baik.bukan dgn ngutuk,ngeji,mencaci…melalak mcm org gila(islam x ajar cara begitu),,,lagi satu…bukan semua 27 juta rakyat m’sia guna tol dan bayar cukai.hasil negara dari cukai adalah 28 peratus sahaja dari jumlah keseluruhan perolehan kewangan negara.72 peratus lagi adalah dari pelancongan,pelaburan ..perindustrian dan lain2 lagi.kalau yg keje kerajaan ni x adalah berjuta bayar cukai dlm setahun……,so jgnlah sedap mulut kata bonus tu duit kita juga…..hahahaha,,,lagi satu…tryla duduk atau negara lain….ada tak setiap tahun dpt bonus…..Raya dan hujung tahun,,,,kalau x dapat…try cakap kat pemimpin negara itu….,kerajaan hanya jalankan tanggungjawab sahaja…so bagi lah bonus…….hahahaha…..,belajarlah hingga ke liang lahad/……

  15. says

    itulah salah satu cara nak ‘memeriah dan menggalakkan’ ekonomi dlm negara. Bila kerajaan bg bonus, kenaikan gaji, banyak duit yg akan beredar dalam pasaran (krn kebanyakan kakitangan awam adalah jenis yg berbelanja). Bila bnyk duit beredar ekonomi akan menjadi rancak. Makanya akan ‘meriahlah’ pasaran . KDNK pun akan naik krn bnyk duit beredar dlm pasaran……. eh, apa yg aku melalut ni?
    Pepun terima kasih PM. (PRU13 ni nk undi pe ye? hehehe……)

Leave a Reply