CUEPACS bincang Bonus Raya untuk penjawat awam 2012: Berita baik bagi kakitangan kerajaan CUEPACS bincang bonus untuk penjawat awam.
Sebagaimana doa dan harapan ribuan penjawat awam dilontarkan di pautan link [Harapan Bonus Raya Penjawat Awam 2012] ini, berita baik tersebut besar kemungkinan akan diraih sebenar-benarnya oleh kakitangan kerajaan sebagai imbuhan sempena raya nanti.
Tuntutan Bonus Raya 2012 bagi seramai 1.4 juta penjawat awam di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), pada Isnin ini.
Datuk Omar Osman yang adalah presiden CUEPACS, berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayarannya.
CUEPACS juga akan membincangkan dasar baru SPA yang membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan peringkat SPM, katanya kepada pemberita hari ini.
Omar mengulangi pendirian tegas CUEPACS yang tidak bersetuju dengan dasar itu kerana dianggap akan menutup peluang kerjaya untuk lepasan SPM, selain boleh membawa masalah kepada SPA pada masa depan kelak.
“Selain itu, CUEPACS juga membantah dasar SPA yang membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sebelum ini,” katanya.
Keputusan CUEPACS berhubung kedua-dua dasar itu akan dikemukakan kepada Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam pada 19 Julai ini, ujarnya lagi.
Selain itu, CUEPACS turut akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Dr Ali Hamsa (Ketua Setiausaha Negara) pada 16 Julai ini.
Selain beramah mesra, beliau berkata CUEPACS berharap Ali dapat memberikan pendapat dan komitmennya dalam memperjuangkan kebajikan penjawat awam.

