Cabul nenek disangka gadis : Seorang lelaki di Kulim telah cabul seorang nenek 60 tahun kerana menyangka adalah tubuh gadis.
KULIM – Akibat hendak melampiaskan nafsu kepada cucu sebaliknya nenek menjadi mangsa seorang lelaki.
Itulah yang berlaku dalam satu kejadian percubaan mencabul di daerah ini kira-kira jam 6.30 pagi semalam.
Dalam laporan polis, mangsa yang seorang nenek berusia hampir 70 tahun memberitahu, dia sedang berwuduk dalam bilik air di luar rumahnya ketika dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki.
Jelasnya, lelaki itu menciumnya bertubi-tubi sambil cuba menanggalkan kain basahan mangsa. Dalam masa yang sama, suspek kemudian mengarahkannya supaya diam.
Namun mungkin setelah mendapati ada kelainan pada fizikal nenek itu yang sangat berbeza daripada sangkaannya, suspek beralih spontan berbisik dan bertanya mangsa: “Tak kerja ka?”
Mangsa yang ketakutan ketika itu lantas menjawab pertanyaan lelaki itu dengan berterus-terang bahawa dia sudah lama tidak bekerja kerana usianya pun sudah melebihi 60 tahun.
Suspek yang baru tersedar dia tersilap sasaran, segera melepaskan mangsa dari pelukannya lalu mengarahkan mangsa mandi sebelum segera berlalu meninggalkan bilik air itu.
Nenek malang itu kemudian dibawa anggota keluarganya segera ke balai polis untuk membuat laporan. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh mengesahkan kejadian itu berkata, golongan wanita seharusnya lebih berhati-hati ketika berada di dalam bilik air terutama bagi mereka yang menggunakan bilik air di luar rumah.
“Keadaan bilik air yang tidak sempurna terutama di kampung-kampung boleh mengundang pelbagai perlakuan jenayah seumpamanya, terutama kes cabul dan rogol,” menerutnya.
Tambahnya lagi, bilik air hendaklah dipasang lampu termasuk di luar bangunan rumah – Berita Terkini @ Forblogger.net.


{ 1 trackback }