Catriona Ross Lahirkan Anak Kedua: Pelakon wanita berhijab, Catriona Ross selamat melahirkan anak kedua.
Tahniah diucapkan kepada Catriona Ross atau nama penuhnya Catriona Bahrin Ross yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang bernama Jammal Raess Ross-Iddin, tepat jam 6.16 petang di Naluri Medical Centre pada Isnin lalu (16 Julai 2012).
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Catriona Ross bersama laman hiburan Murai selepas beliau selamat melahirkan anak keduanya. Menurut Catriona Ross, dia amat bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kesukaran semasa melahirkan anak keduanya tersebut.
“Saya berasa sangat gembira. Walaupun ini adalah kelahiran kedua bagi saya, tetapi setiap tempoh mengandung dan bersalin itu ada kelainannya dan saya juga dapat meraih pengalaman baru yang berbeza.”
“Macam tak percaya saya sudah mempunyai dua cahaya mata. Jammal Raess sangat senyap dan diam. Sangat manja dan jarang menangis, memberikan saya lebih masa untuk berehat . Setiap kali selepas diberi susu, dia akan diam dan mahu saya ada di sampingnya.”
“Dan yang paling unik pasal Jammal Raess ini, walaupun baru berusia tiga hari, dia sudah boleh berkomunikasi dengan saya menggunakan matanya,”
“Saya ok, Alhamdulillah. Buat masa ini saya akan berehat di Kuala Lumpur dalam jangka masa 10 hari sebelum balik menghabiskan tempoh pantang di Kota Bharu bersama keluarga dan akan dijaga oleh ibu saya. Buat masa ini saya dijaga oleh suami dan ibu mertua”
Kami dari pihak Forblogger mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Catriona Ross dan suami kerana dikurniakan cahaya mata kedua mereka. Semoga dengan kehadiran anak mereka akan menjadikan keluarga mereka lebih bahagia. - Catriona Ross Lahirkan Anak Kedua


{ 1 trackback }