Daging Harimau Menangis Laris di Bulan Ramadhan : Mungkin tidak ramai pembaca yang mengenali Daging Harimau Menangis yang laris dibulan Ramadhan.
Daging Harimau Menangis sememangnya laris di bulan puasa, ianya merupakan bahagian daging lembu yang bercampur lemak tidak tepu.
Ianya menjadi rebutan pada bulan puasa memandangkan bahagiannya yang terhad pada seekor lembu.
Dipercayai peminat Daging Harimau Menangis berada di negeri Kelantan, tetapi terdapat juga peminat Daging Harimau Menangis berada di utara tanahair.
Bagi peniaga daging, Mohd Rozi Abdullah, 46 , kebanyakan pelanggan di gerainya yang terletak di Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa, lebih gemar mendapatkan bahagian itu untuk dimasak secara bakar.
“Di Kelantan, daging ini lebih dikenali sebagai ‘daging senonok’ dan ada pula yang memanggilnya ‘daging batang pinang’ yang biasanya dibakar berempah untuk dijadikan lauk dalam nasi kerabu.
“Daging ini bercampur lemak tidak tepu dan ada juga di kalangan pelanggan yang gemar membakar daging ini untuk dicicah dengan air asam,” katanya.
Mohd Rozi berkata, permintaan daging itu meningkat dua kali ganda pada bulan puasa berbanding hari biasa.
Tambahnya, daging tersebut dijual dengan harga RM20 sekilogram dan ia sangat terhad kerana kedudukannya hanya berada dua bahagian pada seekor lembu yang disembelih.
“Daging ini terletak di bahagian celah paha bahagian kaki belakang lembu dan biasanya bagi penggemar daging ini, mereka mendapatkannya seawal jam 8 pagi,” katanya.
Beliau yang sebelum ini meniaga ayam di pasar itu (pada hari biasa) mengambil inisiatif meniaga daging harimau menangis bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Katanya, sejak meniaga daging tersebut bulan ini, ia memberi kepuasan kepadanya dan berhasrat meneruskan perniagaan berkenaan bergantung pada permintaan pembeli.
Daging Harimau Menangis Laris di Bulan Ramadhan


