Dalam Durian Ada Durian

by Harian Malaya on 11 July, 2012

in Info Riadah

Share:

Dalam Durian Ada Durian: Mungkin kedengaran agak pelik bila kita dengar kes dalam durian ada buah durian lain seperti gambar di bawah.

Mungkin kes sebegini jarang berlaku, tetapi kes dalam durian ada durian ni tidak mustahil dan mungkin pernah terjadi kepada orang lain.

Dalam Durian Ada Durian

 Rosli Deraman, 40, seorang peniaga durian dari Kampung Jambu Merah Melor, terkejut selepas beliau melihat sebiji lagi durian berada di dalam durian yang dijualnya kelmarin.

“Ini merupakan kejadian pertama, sepanjang berniaga di kawasan ini, memang pelik apabila sebiji durian yang merekah mengeluarkan durian lain bersama isi durian yang bukan seperti kebiasaannya. Durian ini memang unik, namun ia tidak mengeluarkan buah,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian tersebut turut disaksikan oleh seorang peminat buah-buahan, Halim Razak, 33, dan beliau juga agak terkejut dengan kejadian itu.

“Saya memang penggemar durian, tetapi ini merupakan pengalaman pertama melihat durian mengeluarkan sebiji lagi durian dan bukan isinya.

“Memang agak pelik, walaupun ia tidak mempunyai buah namun keunikannya itu menjadi perhatian ramai,” katanya.

Dalam Durian Ada Durian

5.0

Previous post:

Next post: