Dato’ Fazley Yaakob Juara Masterchef Selebriti : Juara bagi Masterchef Selebriti telah diumumkan semalam. Juaranya ialah Dato’ Fazley Yaakob.
Dengan masakan ala barat citarasa dan gaya Paris, Dato’ Fazley berjaya memukau juri untuk bergelar Juara Masterchef Selebriti pertama berbanding Angah Raja Lawak dengan tema Asianya.
Bergelar Juara Masterchef Selebriti, Dato’ Fazley Yaakob telah berjaya menyumbangkan RM57,500 kepada Yayasan Jantung Malaysia.
Bermula pada 27 Mac lalu, program realiti, peserta MasterChef Selebriti Malaysia yang membariskan 16 artis/selebriti akhirnya meninggalkan 5 artis untuk berentap hingga ke final. Datuk Fazley, Juliza Adlizan, Farouk Hussein, Soo Wincci dan Angah Raja Lawak.
Akhirnya hanya dua peserta sahaja yang berjaya mara ke final iaitu Dato’ Fazley Yaakob dan Angah Raja Lawak dan berentap untuk bergelar Juara Masterchef.
Apapun, kesemua selebriti yang terlibat didalam Masterchef Selebriti Malaysia memang tetap hebat dan berjaya memikat peminat terutamanya peminat masakan.
Dato’ Fazley Yaakob Juara Masterchef Selebriti



{ 1 trackback }