Datuk Ismail Hutson Meninggal Dunia : Al fatihah, buat Allahyarham Datuk Ismail Hutson yang telah meninggal dunia pagi tadi jam 1.02 di Hospital Subang Jaya.
Jenazah allahyarham dilaporkan telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam.
Allahyarham yang juga merupakan Presiden Persatuan Artis Veteran juga Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS) telah menceburi di bidang seni lakonan selama hampir 20 tahun.
Selain itu, Allahyarham juga sering membantu menjaga kebajikan artis tempatan.
Allahyarham meninggal dunia berikutan komplikasi akibat leukimia.
Filem terakhir Allahyarham adalah pada tahun 2003 iaitu Mr Cinderella yang turut menampilkan pelakon Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira.
Alfathihah buat ALlahyarham Ismail Hutson, semoga ditempatkan dikalangan umat Islam yang beriman dan beramal soleh.Insyaallah.
Datuk Ismail Hutson Meninggal Dunia

