Diana Amir Diintai Ustaz: Diana Amir diintai jejaka bergelar ‘Ustaz’ melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Pelakon wanita berhijab, Diana Amir atau nama penuhnya Nurdiyana Amir Hashim mengakui telah diintai beberapa jejaka bergelar ‘Ustaz’ untuk tujuan ingin berkenalan atau Taaruf. Pengakuan tersebut dibuat semasa Diana ditemubual oleh pihak Kosmo baru-baru ini.
Selain itu, Diana Amir turut memberitahu dia masih belum mempunyai teman lelaki dan belum berfikir untuk ke arah itu. Diana yang mula berhijab hampir setahun mengakui tidak menolak jika dia dijodohkan dengan seorang jejaka yang bergelar ‘ustaz’.
Apabila ditanya tentang bila dia menyasarkan untuk menamatkan zaman bujangnya, Diana memberitahu dia sentiasa berdoa agar jodohnya dipercepatkan dan berharap ianya akan berlaku tahun hadapan. Menurutnya lagi, dia ingin cepat berkahwin agar dia cepat mendapat zuriat kerana Diana mengakui dirinya seorang yang sukakan kanak-kanak. Semoga doa Diana akan termakbul dah cepat menemui jodoh. - Diana Amir Diintai Ustaz


{ 2 trackbacks }