Ditangkap Jual Nasi Bungkus Dalam But Kereta

by Black Hat on 31 July, 2012

in Info Terkini

Share:

Ditangkap jual nasi bungkus dalam but kereta : Seorang lelaki 55 tahun ditangkap kerana jual nasi bungkus dalam but kereta.

Ditangkap Jual Nasi Bungkus Dalam But Kereta

ALOR SETAR – Jual nasi bungkus kepada pelanggan beragam Islam yang kaki ponteng puasa pada harga pakej menggunakan kereta di lokasi tersembunyi di tepi tapak pembuangan sampah haram.

Seorang lelaki berusia 55 tahun ditangkap akibat perbuatan tersebut, dipercayai untuk mendapatkan wang lebih pada bulan Ramadan ini.

Bagaimanapun, rahsia lelaki itu terbongkar apabila Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyerbu kereta jenis Proton Saga miliknya yang diletakkan di belakang deretan bangunan berhampiran Terminal Bas Shahab Perdana di sini semalam.

Dalam serbuan Operasi Ramadan kira-kira pukul 12 tengah hari itu, lelaki terbabit sedang menunggu pelanggan dan hasil pemeriksaan di dalam kereta menemui masing-masing 50 bungkus nasi berlauk dan minuman didalam but kereta Proton Saga itu.

Kesemua makanan dan minuman itu disembunyikan di dalam beberapa bungkusan plastik berwarna hitam yang diletakkan di tempat duduk belakang dan but kereta.

Difahamkan, nasi bungkus dijual antara RM5 hingga RM7 mengikut jenis lauk kepada pekerja di kawasan sekitar yang kebanyakannya dikalangan pekerja bengkel.

Dalam operasi berasingan yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah dan Jabatan Kesihatan negeri itu, MBAS menyerbu sebuah gerai ditutupi kain kanvas (gambar) di tepi Jalan Gangsa di sini – BERITA TERKINI @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: