Eksekutif Wanita TV9 diTemui Mati

by Harian Malaya on 30 July, 2012

in Info Terkini

Share:

Eksekutif Wanita TV9 diTemui Mati : Seorang eksekutif wanita TV9 ditemui mati dirumahnya kelmarin [28/07/12].

Syaleza Jaffar, 31, seorang pegawai eksekutif di TV9 ditemui mati di dalam sebuah bilik oleh suaminya, Norazman Bashah, di Apartmen Saujana, Damansara Damai pada kira-kira jam 7 malam.

Eksekutif Wanita TV9 diTemui Mati

Antara cacatan terakhir yang ditemui didalam Bllackberry milik mangsa adalah “Sabar duhai hati”.

Kejadian tersebut disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat didalam bilik, lalu bertindak memecahkan pintu bilik selepas beberapa panggilannya tidak di jawab mangsa.

Mangsa dipercayai merajuk dan menguncikan diri didalam bilik berkenaan, sehinggalah terjadinya kejadian tersebut. Dalam kejadian yang turut didengari jiran sebelah, dipercayai pasangan tersebut telah bertengkar.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu. Suami mangsa dipercayai bekerja di sebuah syarikat petroleum di ibu kota.

Peringkat awal kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan tetap diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak – Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed.

 

Eksekutif Wanita TV9 diTemui Mati Forblogger @ Berita Terkini

 

5.0

Previous post:

Next post: