Farid Kamil Cedera,Tempurung Lutut Kiri Retak

by Harian Malaya on 17 July, 2012

in Info Artis

Share:

Farid Kamil Cedera, Tempurung Lutut Kiri Retak : Farid Kamil dilaporkan mengalami kecederaan tempurung lutut kirinya retak ketika penggambaran filem Dampak.

Akibat keretakan itu, Farid Kamil dikatakan terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan. Beliau mendapat kecederaan itu apabila hilang imbangan badan dan terjatuh di tangga.

Farid Kamil Cedera,Tempurung Lutut Kiri Retak

Farid Kamil Zahari, 31, berkata kecederaan itu dialaminya sewaktu penggambaran di kelab hiburan Rootz, Lot 10 Bukit Bintang.

“Saya terjatuh berguling di tangga kelab itu kerana hilang imbangan badan ketika melakukan adegan babak kejar-mengejar.

“Lutut kiri saya menjadi bengkak kerana berlaku pendarahan dalaman yang serius akibat hentakan.

“Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri, doktor mengenal pasti tempurung lutut saya retak akibat hentakan itu.

“Saya terpaksa menggunakan tongkat kerana kaki saya tidak boleh memijak lantai,” katanya.

Akibat dari kejadian itu Farid Kamil telah dinasihatkan oleh doktor agar berehat panjang daripada melakukan sebarang aktiviti lasak yang memungkinkan kecederaan lututnya bertambah.

Eyriqazz Vs Denaihati

“Saya dinasihatkan berehat selama enam minggu daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah berlakon. Kalau berlakon pun saya hanya boleh berdiri tegak saja.

“Akibat insiden ini, produksi filem Dampak terpaksa menggunakan pelakon pengganti untuk baki babak-babak aksi yang melibatkan saya,” katanya.

Antara pelakon lain yang turut membintangi filem Dampak terbitan Ops Production ini ialah Aaron Aziz, dan Julaian Evans. Semoga lutut Farid Kamil cepat sembuh dan kembali pulih seperti biasa dengan segera.

Farid Kamil Cedera Tempurung Lutut Retak

5.0

Previous post:

Next post: