Fazurina Gembira Bertudung Sebagai Muslimah Sejati

by Malaysia Kini on 3 July, 2012

in Info Artis

Share:

Fazurina Gembira Bertudung Sebagai Muslimah Sejati : Fazurina atau Siti Fazurina Mohd Famir, 30 memilih ulangtahun kelahirannya yang ke 30 bagi mencatatkan tarikh bermakna dalam hidupnya apabila bertudung dengan sempurna.

Pelakon terkenal dengan sitkom Puteri dan Dunia Anita itu yang dulu sinonim dengan imej yang seksi kini telah memilih untuk tampil sopan. Namun begitu dia akan terus berlakon dalam apa jua watak yang ditawarkan tapi mahu mengekalkan batas-batas seorang muslimah sejati.

“Dunia lakonan adalah punca rezeki saya dan saya akan terus berlakon tetapi dengan penampilan yang terkini dan saya harap pihak produksi lebih peka dengan tawaran-tawaran lakonan yang diberikan kepada saya.

“Walaupun selepas berhijrah semakin banyak tawaran yang saya terima, tetapi terpaksa saya tolak kerana kini saya sudah punya prinsip baru dan saya harus akur kerana bagi saya rezeki ada dimana-mana dan ini saya anggap sebagai dugaan selepas berhijrah sebagai muslimah sejati.

“Tidak semestinya bertudung tidak boleh menjayakan watak-watak yang jahat mahupun komedi, cuma tidak boleh melanggar batas yang saya tetapkan. Jika sesuai apa salahnya saya terima watak tersebut,” jelas pelakon yang dilahirkan pada 9 Jun 1982 ini.

Bagi Fazurina atau lebih mesra disapa sebagai Nina memberitahu bahawa perubahan yang dilaluinya kini adalah pilihannya sendiri dan hidayah dan kuniaan yang datang daripadaNya. Individu yang menjadi inspirasi dan menyokong penghijrahannya itu adalah rakan artisnya Yatt Hamzah.

Jadi pada 9 Jun baru-baru ini ketika di set Triologi Cinta dia hadir sopan berhijab dan menamatkan scene terakhir dalam siri tersebut bersama penampilan baru dan menerima pelbagai reaksi positif daripada pihak Suhan Movies.

Fazurina juga bakal beraksi dalam drama bersiri terbitan syarikat produksinya sendiri iaitu Tripix Studios berjudul Hana dimana dia akan tampil dalam imej yang sama.

Fazurina juga memberitahu bahawa dia tidak pernah menyesal kerana sudah lama keinginan itu timbul cuma dia mencari masa yang sesuai untuk melaksanakannya. Forblogger mendoakan agar lebih ramai artis wanita mengambil langkah berhijrah menjadi muslimah sejati dengan mengenakan aurat yg sempurna.

5.0

Previous post:

Next post: