Filem Kepong Gangster Saingi KL Gangster 2 ?Satu kejutan apabila mendengar filem berjudul “Kepong Gangster” akan ditayangkan di pawagam kelak.
Filem ini bukanlah parodi KL Gangster mahupun sekadar filem pendek, tapi ia merupakan sebuah filem arahan pengarah bernama Teng Bee. Ia mengisahkan tentang kehidupan 5 orang pelajar yang telah menyertai kongsi gelap sejak dari zaman sekolah lagi. Hidup mereka menjadi kucar-kacir dan sentiasa ada pergaduhan di kawasan mereka tinggal, Kepong.
Keseluruhan filem ini agak berkualiti, dan filem ini adalah seratus-peratus filem Cina. Anda semua pasti tidak mahu ketinggalan untuk menonton filem ini. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada bulan September 2012 ini. Apa pun, mari kita tonton trailer filem “Kepong Gangster” di bawah ini!

