Gambar persandingan Joey dan Watie : Setelah 7 bulan berkahwin, berikut adalah album gambar persandingan Joey dan Watie.
Pada 7 Julai lepas berlangsunglah persandingan pasangan suami isteri Joey dan Watie di perkarangan Mydin Mall Subang Jaya bersempena dengan Festival Kerja Kahwin ke – 7 yang diadakan di pusat membeli belah tersebut.
Sedikit info ; Watie dan Joey adalah pelakon yang kerap muncul dalam drama di kaca TV Malaysia. Malah kedua-duanya juga adalah vokalis, dimana Joey adalah penyanyi Exist dan Watie adalah bekas ahli kumpulan Elite.
Menariknya tentang persandingan ini, ia sangat bermakna buat Nurwati Sadali atau lebih dikenali dengan timangan Watie kerana ini merupakan persandingannya yang pertama.
“Mungkin ramai yang tidak tahu ini adalah persandingan pertama yang saya lalui sepanjang hidup selama 35 tahun. Perkahwinan sebelum ini kami tidak buat majlis persandingan dan yang terdahulu pada 1 Mei itu majlis saya bersama Azza.
“Jadi persandingan 7 Julai lalu adalah majlis yang istimewa buat saya dan Joey kerana ini adalah persandingan pertama buat kami berdua.
“JIka dulu berangan masa berlakon kalau ada adegan naik pelamin dan kali ini saya telaht rasakan sendiri kerana majlis kali ini benar-benar berbeza dan bermakna dalam hidup kami berdua,” ujar Watie mengenai hari bahagianya itu.
Persandingan ini bermula apabila pihak Festival Kerja Kahwin mencari lokasi bagi menjalankan karnival tersebut dan pihak Mydin mengenakan syarat supaya sebuah majlis perkahwinan sebenar diadakan pada malam kemuncak festival tersebut.
Watie yang sering menerima jemputan pengacaraan dan ativiti seni daripada Mydin, beliau telah ditawarkan untuk mengadakan majlis persandingannya bersama kolaborasi dengan Festival Kerja Kahwin dan Watie anggap ini adalah kurniaan rezeki daripada Allah kepadanya.
“Saya ingin berterima kasih kepada pihak Mydin dan terutama sekali penganjur dan orang kuat Festival Kerja Kahwin kerana bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini.
“Semua perkara telah diuruskan mereka dan saya begitu terharu melihat bagaimana mereka mahu menjadikan majlis persandingan saya begitu lancar sekali, Alhamdulillah saya bersyukur sangat,” tambahnya lagi.
Ditanyakan mengenai zuriat, Watie berkata dia terima setiap rezeki yang Allah kurniakan tetapi buat masa terdekat mereka mahu fokus kepada kerjaya dahulu kerana sibuk. Tetapi jika diberikanNya mereka akan terima dengan hati terbuka.
Watie dan Joey telah bernikah pada 22 Disember tahun lalu turut diraikan dalam majlis persandingan pada 1 Mei yang lalu bersama temannya Azza Elite yang turut sama melangsungkan pernikahan pada April lepas.
Majlis tersebut telah diadakan di kediaman rasmi Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir.
Dia yang terus sibuk memenuhi limpah tawaran berlakon disamping mengurus pernigaan yang diusahakannya bakal muncul dalam drama sempena Merdeka dan Hari Raya ini berjudul Lelaki.– Info Artis @ forblogger.net



{ 1 trackback }