Artis & Politik : Hairie Othman seorang lagi selebriti yang sering dilihat muncul di pentas ceramah PAS selain daripada Abby Abadi.
Ketika diemui wartawan baru-baru ini, Hairie Othman menjawab persoalan juga khabar angin yang mengatakan beliau bakal menjadi calon PAS untuk bertanding pada PRU 13 nanti.
“Itu saya saya tidak menolak (kemungkinan akan dicalonkan), namun buat masa ini saya masih belum memikirkan ke arah itu. Saya ,asih anggap diri saya ini sebagai aktivis parti PAS sahaja”
Tambah Hairie Othman lagi, lebih ramai selebriti dan para artis menyokong Pakatan Rakyat berbanding sebelum ini tetapi ramai yang berdiam diri kerana mahu kekal dalam industri.
“Rakan-rakan artis lain ada yang menyokong & bersama Pakatan Rakyat secara senyap-senyap.”
“Cuma kebanyakan dari mereka memilih untuk tidak menyuarakannya kerana masih mahu kekal dalam industri,” jelas Hairie Othman yang berkata keputusan beliau menyertai PAS adalah penghijrahan politik & agama yang seiring dan berpendapat menyeratai pembangkang tidak akan kekal dalam industri – POLITIK @ forblogger.net.

