Harga Sony Xperia Neo L Rm 888

by Malaysia Kini on 11 July, 2012

in Info Terkini

Share:

Harga Sony Xperia Neo L Rm 888 : Sony Xperia Neo L kini dijual pada harga serendah Rm 888. Harga Sony Xperia Neo L ini ternyata murah dan berbaloi.

Sony Xperia Go yang telah dijual pada minggu lepas pada harga Rm 999 sahaja, hari ini pula Sony Mobile Malaysia turut sama mengumumkan peranti Xperia Neo L yang bakal mula dijual bermula esok pada harga RM888.

Seperti peranti Xperia yang lain, ia turut didatangkan bersama-sama Android, dan menggunakan versi terkini, iaitu Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

Dari segi spesifikasi pula, ia didatangkan bersama-sama dengan skrin seluas 4-inci, kamera hadapan untuk panggilan video, kamera belakang 5-megapixel, serta menggunakan cip pemprosesan 1GHz bersama-sama dengan pemprosesan grafik Adreno 205. Beberapa teknologi Sony, seperti Sony xLoud Audio turut didatangkan bersama-sama dengannya.

Bagi pembaca yang berminat, anda boleh mula mendapatkan peranti Xperia Neo L ini terus daripada pengedar rasmi Sony seluruh negara bermula esok. – Forblogger | Berita Terkini

5.0

Previous post:

Next post: