Hina Kesultanan Johor – 30 Laporan Polis Terhadap Blog Uncle Seekers : Orang ramai mula membuat laporan Polis terhadap blog Uncle Seekers yang di anggap menghina Kesultanan Johor.
Setelah pededahan ke atas blog Uncle Seekers dilakukan, Akhirnya 30 individu tampil membuat laporan Polis menuntut blog tersebut di tutup kerana di anggap menghina, menghasut dan mengaibkan Kesultanan Johor.
Forblogger di fahamkan laporan polis dibuat semalam (Ahad) pada jam 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap blog Uncles Seeker.
Wakil 30 individu tersebut, Khairil Azlishah Jalil, ketika ditemui oleh para pemberita berkata pihaknya meminta blog Uncle Seekers ditutup memandangkan terdapat beberapa dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.
“Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.
“Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya,” katanya
# Sehingga kini 60 part telah di terbitkan oleh Uncle Seekers berkaitan dengan institusi Kesultanan Johor.
Hina Kesultanan Johor – 30 Laporan Polis Terhadap Blog Uncle Seekers

