Hotel Harrods di KL Rm 2 Bilion : Hotel mewah Harrods bakal dibukan di Kuala Lumpur dianggarkan bernilai RM 2 Bilion nilainya.
Pengerusi Qatar Holding, Dr Hussain Ali Al-Abdulla menerangkan, hotel berkenaan yang mempunyai antara 250 dan 300 bilik, terletak berhadapan pusat beli-belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang dan bakal menjadi hotel mewah pertama seumpamanya dibina di Asia.
QATAR Holding LLC, pemilik jenama mewah bertaraf dunia, Harrods dan pemaju hartanah Jerantas Sdn Bhd membuat pelaburan bersama RM2 bilion untuk membina Hotel Harrods di Kuala Lumpur.
“Pembinaan bermula setahun dari sekarang,” katanya pada sidang media selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Jerantas di Kuala Lumpur, semalam.
Majlis ini telah disaksikan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. Mengulas lebih lanjut, Ali berkata, Qatar Holding turut membina hotel Harrods di London dan Sardinia, Itali. – Forblogger | Berita Terkini


